Trump enggan meminta maaf - Utusan Malaysia

Trump enggan meminta maaf

GAMBAR fail Trump (kanan) dan Pope Leo XIV. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin enggan memohon maaf kerana mengkritik Ketua Gereja Roman Katolik,  Pope Leo XIV yang menyeru agar keganasan dalam perang Iran dihentikan.

“Tiada apa yang perlu dimohon maaf. Beliau silap,” kata Trump kepada wartawan, sehari selepas hantaran di media sosial dan kenyataannya yang mengecam pope kelahiran AS itu.

“Pope Leo berkata perkara yang salah. Beliau sangat menentang apa yang saya lakukan berhubung Iran dan anda tidak boleh membenarkan Iran memiliki senjata nuklear,” kata Trump.

Trump juga berkata bahawa Pope Leo sangat lemah dalam isu jenayah dan perkara-perkara lain.

Sementara itu, Pope Leo berkata pada Isnin bahawa beliau mempunyai tanggungjawab moral untuk bersuara menentang peperangan dan tidak takut kepada Trump, ketika pemimpin AS itu mengkritik seruannya supaya konflik di Asia Barat ditamatkan.

Ketua Gereja Roman Katolik itu memberitahu wartawan di dalam pesawat sebelum tiba di Algiers dari Rom bahawa beliau tidak berniat untuk berdebat dengan Trump.

Pope Leo juga berkata, beliau bukan seorang ahli politik.

“Apa yang saya katakan ialah misi Gereja sangat jelas. Saya percaya Gereja mempunyai tanggungjawab moral untuk bersuara dengan sangat jelas menentang perang dan memihak kepada keamanan serta perdamaian,” katanya.

Pope itu menambah: “Saya tidak takut, sama ada kepada pentadbiran Trump.”

Sebelum itu, Trump  berkata Ketua Gereja Roman Katolik itu sedang mempermainkan sebuah negara yang mahu memiliki senjata nuklear dan  menambah bahawa beliau bukan peminat besar Pope Leo.

Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni mengecam kritikan Trump terhadap kenyataan Pope Leo XIV sebagai tidak boleh diterima dan  berkata bahawa adalah wajar dan normal bagi beliau menyeru keamanan serta mengutuk semua bentuk peperangan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN