TEHERAN: Serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel awal pagi Selasa telah memusnahkan sepenuhnya sebuah rumah ibadat Yahudi di Teheran, lapor agensi berita Iran, Mehr News Agency dan akhbar Shargh.
“Menurut maklumat awal, rumah ibadat Rafi-Nia. telah musnah sepenuhnya dalam serangan pagi ini,” lapor Shargh.
Judaism merupakan salah satu agama minoriti yang diiktiraf secara sah di Iran. Negara itu mempunyai komuniti Yahudi yang kecil, walaupun ramai daripadanya melarikan diri selepas Revolusi Islam 1979.
Tiada angka rasmi yang tersedia secara umum, namun dianggarkan terdapat beberapa ribu penganut Yahudi di Iran.
Akhbar Shargh menyifatkan rumah ibadat itu sebagai salah satu tempat paling penting bagi masyarakat Yahudi Khorasan untuk berkumpul. Khorasan merujuk kepada wilayah timur laut Iran.
Syiah merupakan agama majoriti di Iran tetapi perlembagaan negara itu turut mengiktiraf Sunni , Zoroastrianism, Judaism dan Kristian sebagai mazhab atau agama minoriti dengan setiap satunya mempunyai wakil di parlimen. – AFP










