Ribuan pekerja terjejas pekerja tren mogok - Utusan Malaysia

Ribuan pekerja terjejas pekerja tren mogok

SATU notis tentang perjalanan tren di tengah London, Selasa lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Para pekerja bergerak ke pusat bandar London dengan berjalan kaki, berbasikal dan menaiki bas pada Rabu apabila tindakan mogok di rangkaian tren bawah tanah London mengganggu perkhidmatan.

Ahli kesatuan RMT telah berhenti kerja bermula jam 12 tengah hari waktu tempatan pada Selasa selama 24 jam, sebagai bantahan terhadap rancangan agensi Pengangkutan Untuk London (TfL) untuk memendekkan minggu kerja kepada empat hari.

Mereka akan terus mogok selama 24 jam lagi bermula tengah hari Khamis, menyebabkan gangguan perkhidmatan sepanjang baki minggu tersebut.

Menurut TfL, mogok itu menyebabkan sebahagian perkhidmatan tren bawah tanah dihentikan dengan kelewatan teruk di beberapa bahagian rangkaian.

Perkhidmatan sambungan ke lapangan terbang seperti Gatwick Express dan Heathrow Express tidak terjejas, menurut pengendali di laman web mereka.

Perkhidmatan Eurostar ke Perancis, Belgium dan Belanda juga beroperasi seperti biasa.

Menurut RMT, pihak pengurusan TfL telah memaklumkan minggu lalu bahawa rancangan minggu kerja empat hari akan diteruskan walaupun pemandu telah menolaknya dalam dua pungutan suara.

Isu lain termasuk tempoh syif dan perubahan cuti tahunan turut menjadi pertikaian, kata pegawai RMT Jared Wood.

Namun, ketua operasi TfL Claire Mann berkata perubahan itu tidak akan dipaksakan.

“Perubahan ini akan bersifat sukarela, tiada pengurangan dalam waktu kerja kontrak, dan mereka yang mahu terus bekerja lima hari seminggu boleh berbuat demikian,” katanya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN