70 peratus kapasiti pengeluaran keluli Iran musnah - Netanyahu - Utusan Malaysia

70 peratus kapasiti pengeluaran keluli Iran musnah – Netanyahu

SEBUAH bangunan musnah akibat serangan AS-Israel di Teheran semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata pada Jumaat bahawa serangan Israel telah memusnahkan kira-kira 70 peratus kapasiti pengeluaran keluli Iran,.

Ia juga menjejaskan dengan ketara keupayaannya untuk menghasilkan senjata.

Keluli merupakan bahan yang mempunyai kepentingan strategik dan digunakan dalam pengeluaran industri dan ketenteraan, termasuk untuk peluru berpandu, dron serta kapal.

“Bersama rakan-rakan Amerika Syarikat (AS) kami, kami terus menghancurkan rejim di Iran. Kami sedang menghapuskan para komander, mengebom jambatan dan mengebom infrastruktur,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan video.

“Dalam beberapa hari kebelakangan ini, tentera udara telah memusnahkan 70 peratus kapasiti pengeluaran keluli Iran,” katanya.

“Ia merupakan satu pencapaian besar yang menafikan Pengawal Revolusi (Iran) daripada sumber kewangan dan keupayaan untuk menghasilkan banyak senjata,” ujarnya.

Dua loji keluli terbesar Iran telah terpaksa dihentikan operasinya susulan beberapa gelombang serangan udara oleh AS dan Israel.

Syarikat Khuzestan Steel Company dan Mobarakeh Steel memaklumkan bahawa ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk menyusun semula operasi loji tersebut.

Pasukan Pengawal Revolusi kemudian melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas kawasan perindustrian di seluruh rantau tersebut serta Israel sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas loji keluli berkenaan.

Pasukan itu turut mengancam tindakan balas lanjut sekiranya serangan sedemikian berlaku sekali lagi. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN