PM Australia bincang import minyak Singapura - Utusan Malaysia

PM Australia bincang import minyak Singapura

ANTHONY Albanse akan membincangkan bekalan petroleum di Singapura. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dijadual berlepas ke Singapura bagi memperkukuh bekalan petroleum ketika harga minyak melonjak susulan konflik di Asia Barat.

Australia bergantung kepada import bagi kira-kira 90 peratus produk petroleum diproses, dengan Singapura kekal sebagai pembekal terbesar.

Albanese berkata, lawatan rasmi dari 9 hingga 11 April itu akan memberi tumpuan kepada perdagangan bekalan penting, termasuk diesel dan gas asli cecair (LNG), bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong.

Beliau turut menyatakan kedua-dua negara berkongsi kebimbangan terhadap situasi di Asia Barat  dan implikasinya terhadap keselamatan tenaga.

“Australia berdepan dunia yang semakin tidak menentu, justeru hubungan erat seperti ini amat penting,” katanya kepada media.

Australia dan Singapura dalam kenyataan bersama bulan lalu komited memastikan bekalan bahan api terus mengalir antara kedua-dua negara serta bekerjasama memperkukuh daya tahan rantaian bekalan tenaga.

Kerajaan Australia memaklumkan, gangguan bekalan diesel dan petrol tanpa plumbum di stesen minyak semakin berkurangan.

Sebanyak 241 stesen minyak di seluruh negara, atau kira-kira tiga peratus daripada keseluruhan, dilaporkan kehabisan diesel pada Selasa, manakala 141 lagi kehabisan petrol.

Menteri Tenaga, Chris Bowen berkata, Australia mempunyai bekalan diesel untuk 29 hari, petrol 39 hari dan bahan api jet selama 30 hari, sambil menegaskan tahap itu kekal “agak stabil”.

Minggu lalu, kerajaan turut mengurangkan separuh cukai bahan api petrol selama tiga bulan bagi membantu mengurangkan beban kos yang meningkat terhadap pemandu dan pengangkutan.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN