BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam memaklumkan pihaknya sedang berusaha menghentikan perang antara Israel dan Hizbollah serta memastikan pengunduran tentera rejim Zionis di negara itu. Pengumuman itu dibuat susulan lawatan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke kawasan selatan Lubnan. “Kami akan terus berusaha untuk menghentikan perang ini, memastikan pengunduran Israel dari semua wilayah kami dan memulangkan semua tahanan. “Kami juga akan membina semula kampung dan bandar yang musnah serta memastikan…










