Iran lancar peluru berpandu, dron ke arah Israel - Utusan Malaysia

Iran lancar peluru berpandu, dron ke arah Israel

ANGGOTA polis berkuda berlindung di pusat perlindungan bawah tanah di Tel Aviv semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Iran melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel dan Kuwait awal pagi Ahad, sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata, republik Islam itu mempunyai tempoh 48 jam untuk mencapai persetujuan atau berdepan ‘neraka’.

Kuwait dan Israel memaklumkan bahawa sistem pertahanan udara mereka sedang bertindak balas terhadap serangan terbaharu dari Iran, sebahagian daripada perang yang tercetus lebih sebulan lalu susulan serangan AS-Israel yang mencetuskan tindak balas balas daripada Tehran.

Perang itu telah merebak ke seluruh Asia Barat dan menggoncang ekonomi global. Pasukan Iran terus mengawal ketat laluan perkapalan Selat Hormuz , saluran penting bagi minyak dan gas  serta menyerang sasaran ekonomi di negara-negara jiran Teluk yang dianggap mempunyai kaitan dengan usaha perang AS-Israel.

Serangan ekonomi juga berlaku dari arah bertentangan. Serangan Israel atau AS ke atas hab petrokimia di barat daya Iran mengorbankan lima orang pada Sabtu, menurut timbalan gabenor wilayah Khuzestan.

“Ingat ketika saya memberi Iran tempoh sepuluh hari untuk mencapai perjanjian atau membuka Selat Hormuz,” tulis Trump pada Sabtu di media sosial milinya, Truth Social, merujuk kepada amaran terakhir  yang dikeluarkan pada 26 Mac.

“Masa semakin suntuk, 48 jam sebelum segala neraka turun menimpa mereka,” tulisnya.

Pemerintah tentera pusat Iran menolak amaran terakhir itu dengan Jeneral Ali Abdollahi Aliabadi menyifatkan ancaman Trump sebagai tindakan yang tidak berdaya, gementar, tidak seimbang dan bodoh.

Mengulangi bahasa Trump, beliau memberi amaran:  “Pintu neraka akan terbuka untuk kamu”. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN