BEIRUT: Kumpulan disokong Iran, Hizbollah, pada Khamis mengaku melepaskan roket ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap ‘pelanggaran’ gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)-Iran. Tindakan itu berlaku sehari selepas kumpulan itu menyatakan mereka mempunyai ‘hak’ untuk bertindak balas terhadap gelombang serangan maut ke seluruh Lubnan. Lubnan mengisytiharkan hari berkabung nasional pada hari Khamis selepas serangan Israel membedil negara itu, mengorbankan 203 orang dan lebih 1,000 lagi cedera menimbulkan persoalan terhadap gencatan…










