GAZA: Satu delegasi Hamas dijangka mengadakan rundingan dengan perantara Mesir di Kaherah bagi membincangkan dakwaan pelanggaran gencatan senjata Gaza oleh Israel, menurut dua pegawai kumpulan Palestin itu. Walaupun gencatan senjata berkuat kuasa pada Oktober tahun lalu, keganasan yang masih berterusan menggugat wilayah Palestin tersebut. Kedua-dua Israel dan Hamas saling menuduh melanggar gencatan senjata disokong Amerika Syarikat (AS) itu, yang sebahagian besarnya telah menghentikan perang dua tahun yang memusnahkan wilayah berpenduduk…










