TEL AVIV: Israel mengumumkan rancangan menyerang kawasan berhampiran lintasan utama antara Syria dan Lubnan. Rancangan itu diumumkan selepas Tel Aviv mengesahkan jumlah anggota tentera Israel yang terbunuh di selatan negara itu meningkat kepada 11 orang sejak memulakan operasi darat terhadap Hizbollah bulan lalu. Tentera Israel berkata, seorang anggotanya, Leftenan Sarjan Kelas Pertama Guy Ludar, berusia 21 tahun terbunuh pada Sabtu dalam pertempuran di selatan Lubnan sambil menggesa penduduk supaya berpindah…










