ISTANBUL: Seorang lelaki bersenjata maut manakala dua lagi cedera dalam insiden berbalas tembakan dengan polis pada Selasa di luar konsulat Israel di Istanbul, kata gabenor tempatan .
Kementerian Dalam Negeri urut mengesahkan bahawa dua anggota polis yang terkena tembakan hanya mengalami kecederaan ringan.
Ia menambah bahawa dua penyerang dalam insiden berbalas tembakan pada Selasa itu adalah adik-beradik dan salah seorang mempunyai rekod dadah.
Media Turkiye melaporkan bahawa ketiga-tiga suspek bersenjata dengan senjata laras panjang, berpakaian celoreng dan membawa beg galas.
Gabenor Davut Gul mengesahkan kematian salah seorang penyerang dalam serangan yang berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan.
Masih belum jelas sama ada sasaran sebenar serangan itu ialah konsulat Israel. Tiada diplomat Israel berada di Turkye ketika itu, menurut sumber yang mengetahui perkara itu kepada AFP.
Misi diplomatik Israel telah dipindahkan bukan sahaja di Turkye tetapi di seluruh rantau ini atas sebab keselamatan sejurus selepas serangan 7 Oktober 2023 oleh kumpulan Palestin Hamas di wilayah Israel, menurut sumber sama.
Pihak berkuasa telah mengenal pasti penyerang-penyerang itu.
Menteri Dalam Negeri, Mustafa Ciftci berkata, mereka tiba di Istanbul dengan kenderaan sewa dari Izmit, sebuah bandar kira-kira 86 kilometer jauhnya.
Salah seorang penyerang mempunyai kaitan dengan sebuah organisasi yang mengeksploitasi rantau ini. – AFP










