Seorang maut, 2 cedera lori bawa muatan minyak meletup - Utusan Malaysia

Seorang maut, 2 cedera lori bawa muatan minyak meletup

SEBUAH lori minyak meletup dekat jambatan yang merentasi Terusan Panama, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR RAYA PANAMA: Seorang maut manakala dua lagi cedera pada Isnin selepas sebuah lori membawa bahan api meletup berhampiran jambatan yang merentasi Terusan Panama, kata pihak berkuasa.

Kejadian berlaku di sebuah kompleks di mana lori tangki membawa bahan api berada bersebelahan Jambatan Amerika, yang merentasi terusan antara lautan tersebut.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan letupan itu disertai dengan bola api dan awan tebal asap yang keluar dari kawasan berkenaan.

Ketua Bomba Panama, Victor Alvarez berkata, seorang individu yang dipercayai bekerja di kompleks itu maut akibat letupan tersebut, manakala dua anggota bomba mengalami kecederaan ringan.

Pihak Berkuasa Terusan Panama melaporkan letupan itu tidak menjejaskan operasi terusan.

Jambatan Amerika ditutup selepas kejadian, dan dijadual menjalani pemeriksaan pada Selasa untuk menentukan sama ada ia mengalami kerosakan akibat letupan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN