Tiga askar AS maut, lima cedera parah serangan Iran - Utusan Malaysia

Tiga askar AS maut, lima cedera parah serangan Iran

ASKAR AS memindahkan bahan letupan di atas kapal pengangkut persawat,, USS Abraham Lincoln. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata pada Ahad bahawa kematian tentera Amerika semasa serangan ke atas Iran adalah sesuatu dijangkakan dalam peperangan.

Panglima tertinggi Amerika itu, yang mengadakan beberapa siri wawancara mengenai serangan terhadap republik Islam tersebut ketika menghabiskan hari di resortnya di Florida, AS  turut berkata, beliau menjangkakan operasi ketenteraan itu akan berlangsung kira-kira empat minggu.

“Kami ada tiga  (askar yang maut), tetapi kami menjangkakan korban. Namun, pada akhirnya, ia akan menjadi sesuatu yang sangat baik untuk dunia,” kata Trump kepada laman berita NBC News selepas Pentagon mengumumkan tiga anggota tentera AS yang tidak dikenal pasti terbunuh dan lima lagi cedera parah semasa serangan ketenteraan ke atas Iran.

Lima jam selepas kematian itu pertama kali diumumkan oleh Markas Pusat AS pada pagi Ahad, Trump atau Rumah Putih masih belum membuat kenyataan awam mengenai korban tersebut.

Beliau menyentuh mengenai kematian itu dalam temu bual dengan akhbar Daily Mail, dengan menyifatkan mereka yang terkorban sebagai orang yang hebat.

“Anda tahu, kami menjangkakan perkara itu berlaku, malangnya. Ia boleh berlaku berterusan, ia boleh berlaku lagi,” katanya.

Dalam perbualannya dengan NBC, Trump berkata, operasi tersebut, yang telah mengorbankan pemimpin tertinggi Iran serta puluhan tokoh kanan kerajaan dan tentera lain dilancarkan lebih awal daripada jadual,.

Beliau menambah bahawa pegawai Iran dan AS sedang berbincang,walaupun tidak memberikan butiran mengenainya.

Namun, Trump memberikan kenyataan yang bercanggah mengenai perbincangan tersebut, dengan memberitahu Daily Mail: “Mereka mahu berbincang, tetapi saya kata kamu sepatutnya berbincang minggu lepas, bukan minggu ini.” – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN