Tentera AS bina kompleks besar bawah tanah Rumah Putih - Trump - Utusan Malaysia

Tentera AS bina kompleks besar bawah tanah Rumah Putih – Trump

TENTERA AS merancang membina kompleks besar bawah tanah di Rumah Putih. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata pada Ahad bahawa tentera Amerika Syarikat  (AS) sedang merancang untuk membina sebuah kompleks besar di bawah dewan tari baharu yang sedang dibinanya di Rumah Putih.

“Tentera sedang membina sebuah kompleks yang sangat besar di bawah dewan tari itu dan pembinaannya sedang berjalan malah lebih awal daripada jadual,” kata Trump kepada wartawan di dalam pesawat rasminya, Air Force One.

“Ia adalah sebahagian daripadanya, dewan tari itu pada asasnya akan menjadi seperti struktur penutup bagi apa yang sedang dibina di bawahnya,” tambah Trump tanpa menghuraikan lebih lanjut mengenai pembinaan yang dianggap luar biasa itu.

Beliau berkata, maklumat mengenai rancangan tersebut baru-baru ini diketahui umum kerana satu ‘saman’ yang bodoh.

Pada Oktober tahun lalu, bekas pemaju hartanah itu telah mengarahkan seluruh sayap kiri Rumah Putih dirobohkan bagi membina sebuah dewan tari yang besar untuk majlis sambutan dan jamuan negara.

Namun, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, National Trust for Historic Preservation memfailkan saman pada Disember tahun lalu dengan hujah bahawa Rumah Putih tidak mendapatkan semakan dan kelulusan yang diwajibkan sebelum merobohkan bahagian sayap kiri bangunan tersebut.

Trump sering bercakap dengan kerap dan terperinci mengenai kerja-kerja pembinaan tersebut, yang setakat ini dilaksanakan tanpa melalui prosedur penilaian lazim dan rumit bagi sebarang perubahan terhadap landskap binaan di Washington.

“Kami menggunakan batu-batuan yang sangat luar biasa,” katanya baru-baru ini dalam satu sidang media yang sebahagiannya turut menyentuh perang di Asia Barat.

Projek dewan tari itu, salah satu usaha pembinaan paling bercita-cita tinggi di Rumah Putih dalam tempoh lebih satu abad  terus berkembang dengan bajet yang dibiayai secara persendirian meningkat dua kali ganda daripada AS$200 juta (RM804 juta)  kepada AS$400 juta (RM1.6 bilion). – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN