Pembekal Kemboja henti jualan LPG akibat kekurangan bekalan

Pembekal Kemboja henti jualan LPG akibat kekurangan bekalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Sebuah pembekal tenaga utama di Kemboja mengumumkan akan menghentikan penjualan gas petroleum cecair (LPG) mulai awal bulan hadapan akibat gangguan bekalan susulan perang di Asia Barat.

Syarikat Sokimex, pembekal bahan bakar premium untuk memasak dan pembakaran di negara Asia Tenggara itu, mengumumkan akan menangguhkan sementara bekalan LPG berkuat kuasa mulai 1 April.

Disebabkan konflik yang sedang berlaku di Asia Barat, syarikat itu berkata, pihaknya tidak dapat mengimport LPG sejak awal Mac 2026 dan oleh itu tidak dapat terus membekalkannya kepada pelanggan mengikut permintaan pasaran.

Bahagian tenaga Sokimex Investment Group membekalkan petrol, diesel dan LPG kepada sektor awam dan swasta, serta mempunyai lebih 500 stesen perkhidmatan di seluruh negara, menurut laman web syarikat.

Menteri Tenaga Kemboja, Keo Rottanak berkata, dalam video yang dikeluarkan pada Isnin, Sokimex hanya menyumbang kira-kira tiga peratus daripada bekalan LPG di pasaran Kemboja, dan menasihatkan orang ramai tidak perlu risau kerana enam syarikat lain masih membekalkan LPG di negara itu.

Beliau juga menggesa orang ramai menggunakan periuk nasi elektrik dan dapur elektrik bagi menjimatkan LPG, sambil menambah kerajaan sedang berusaha mencari sumber bekalan baharu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN