Peluru berpandu Iran bedil Tel Aviv, dua maut

Gelombang peluru berpandu Iran bedil Tel Aviv, dua maut

SEBUAH pangsapuri rosak akibat serangan peluru berpandu di Ramat Gan di pinggir Tel Aviv, Israel.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Dua orang terbunuh berhampiran Tel Aviv semasa serangan peluru berpandu Iran, menurut petugas perubatan Israel.

Perkhidmatan keselamatan melaporkan peluru berpandu jatuh dan membedil beberapa lokasi.

Jumlah kematian akibat peluru berpandu yang dilancarkan ke Israel meningkat kepada 14, susulan serangan berat Israel ke atas sasaran di Iran dan Lubnan.

Petugas kecemasan Magen David Adom (MDA) berkata, kematian itu berlaku di Ramat Gan, sebuah bandar berhampiran pusat komersial Israel di Tel Aviv.

“Kami melihat asap menjulang tinggi dari sebuah bangunan yang rosak teruk dengan cermin pecah. Pasangan itu tiada degupan jantung dan tidak bernafas.

“Kami tiada pilihan selain mengisytiharkan mereka mati di tempat kejadian,” menurut kenyataan MDA.

Tidak lama selepas itu, tentera Israel melaporkan satu lagi pusingan pelancaran peluru berpandu Iran.

Kemusnahan turut dilaporkan di Bnei Brak serta di beberapa lokasi di sekitar tengah Israel dan Baitulmuqaddis.

MDA menyiarkan imej kemusnahan di beberapa lokasi, termasuk kereta terbakar, kenderaan musnah dan timbunan serpihan yang banyak.

Polis Israel berkata, pakar pemusnah bom mereka sedang beroperasi di beberapa lokasi impak yang melibatkan serpihan peluru berpandu dalam daerah Tel Aviv.

Dalam kenyataan berasingan, Home Front Command berkata, pasukan mencari dan menyelamat mereka sedang beroperasi di beberapa lokasi di tengah Israel di mana laporan impak bedilan telah diterima.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN