Peluru berpandu Iran bedil bandar padang pasir Israel, puluhan cedera

Peluru berpandu Iran bedil bandar padang pasir Israel, puluhan cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Bandar-bandar di selatan Israel berdepan kerosakan meluas pada Ahad selepas pertahanan udara gagal memintas dua peluru berpandu Iran semalaman yang mencederakan ramai orang awam, dalam salah satu serangan terburuk perang setakat ini di kawasan diduduki Israel.

Apabila cahaya matahari muncul, skala kerosakan di bandar padang pasir Arad, di mana salah satu serangan mengenai sebuah blok pangsapuri bertingkat jelas kelihatan, dengan keseluruhan tingkat terhancur akibat letupan itu.

Hospital Soroka di selatan Israel menggambarkan serangan itu sebagai peristiwa kecederaan besar-besaran. Di Arad, 31 orang, termasuk 18 kanak-kanak memerlukan rawatan di hospital, dengan sekurang-kurangnya sembilan daripada mereka dalam keadaan serius.

Menurut pihak hospital, puluhan lagi mengalami kecederaan ringan.

Rakaman yang disahkan Reuters menunjukkan api membakar tingkat atas sebuah bangunan pangsapuri tidak lama selepas serangan. Pasukan mencari dan menyelamat bergerak dari tingkat ke tingkat di dalam bangunan yang rosak.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Nadav Shoshani berkata, kedua-dua serangan dilancarkan menggunakan peluru berpandu balistik konvensional. Beliau enggan mengulas apabila ditanya mengenai penemuan awal siasatan tentera tentang kegagalan memintas peluru berpandu tersebut.

Kebanyakan rakyat Israel menerima amaran di telefon bimbit mereka apabila pelancaran dari Iran dikesan. Siren serangan udara berbunyi dan mereka hanya mempunyai beberapa minit untuk ke bilik selamat atau tempat perlindungan bom awam.

“Ini keajaiban tiada sesiapa yang terkorban,” kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad, berdiri di kawah di tapak impak di Arad.

Menunjuk kepada dinding yang hancur di blok pangsapuri dan kemudian ke dinding bertetulang yang tidak rosak menghala ke tempat perlindungan bawah tanah, Netanyahu menggesa rakyat Israel supaya tidak lalai.

“Tiada sesiapa yang akan cedera sekiranya semua sempat berlindung tepat pada masanya,” katanya.

Ketua Staf Perkhidmatan Ambulans Israel, Uri Shacham berkata, sekurang-kurangnya lapan bangunan mengalami kerosakan dalam serangan di Arad.

Israel berkata, Iran menyasarkan kawasan penduduk awam. Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata, mereka menyasarkan tapak berkaitan tentera dan keselamatan sebagai tindak balas terhadap serangan Israel.

Arad dan Dimona, bandar lain yang turut diserang, terletak berhampiran dengan reaktor nuklear rahsia Israel dan beberapa pangkalan tentera, termasuk Pangkalan Udara Nevatim, salah satu yang terbesar di negara itu.

Di Dimona, lima orang dimasukkan ke hospital, termasuk seorang budak lelaki berumur 12 tahun dalam keadaan serius, menurut hospital.

Di Dimona, lima orang dimasukkan ke hospital, termasuk seorang budak lelaki berumur 12 tahun yang berada dalam keadaan serius, kata pihak hospital.

Sejak serangan bersama Amerika Syarikat–Israel ke atas Iran pada 28 Februari, Israel telah menjadi sasaran tembakan peluru berpandu harian oleh Iran.

Sekurang-kurangnya 19 orang awam terbunuh di Israel dan Tebing Barat yang diduduki dalam serangan Iran sejak perang bermula.

Tentera Israel berkata, pada Ahad petang mereka sedang menyiasat sama ada seorang lelaki yang terbunuh berhampiran sempadan Lubnan pada hari yang sama selepas pelancaran dari wilayah Lubnan, terkena tembakan Israel.

Sekurang-kurangnya 15 orang dimasukkan ke hospital pada Ahad akibat serangan terbaharu Iran, menurut perkhidmatan kecemasan, termasuk peluru klaster yang mengenai Tel Aviv.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN