ISLAMABAD: Pakistan melancarkan serangan ke atas kem tentera Afghanistan di Kandahar selepas dron Taliban menyasarkan kawasan awam dan kemudahan tentera di seluruh negara. Serangan itu berlaku selepas Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari mengecam serangan dron semalaman itu, memberi amaran kepada Kabul mereka sudah melintasi garisan merah dengan cuba menyasarkan orang awam. Tentera Pakistan berkata, dron tempatan itu, berjaya dipintas sebelum mencapai sasaran, walaupun serpihan yang jatuh mencederakan dua kanak-kanak di…










