LONDON: Paras laut di sepanjang garis pantai dunia dilaporkan lebih tinggi daripada jangkaan sebelum ini, dengan peningkatan melebihi 0.9 meter di beberapa kawasan.
Menurut penyelidikan terbaharu, penemuan itu mencetuskan kebimbangan dunia yang mungkin meremehkan tahap ancaman sebenar kenaikan paras laut dan kepantasan pantai boleh lenyap.
Kenaikan paras laut dikenal pasti sebagai antara kesan paling ketara akibat krisis iklim yang berpunca daripada aktiviti manusia, sehingga mengancam ratusan juta penduduk yang mendiami kawasan di sepanjang garis pantai global.
Saintis-saintis sebelum ini menganggarkan dunia sudah terperangkap dengan kenaikan paras laut global kira-kira 15 sentimeter (sm) menjelang 2050.
Namun, menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature pada Rabu pengiraan sedia ada berkemungkinan tidak bermula dari tempat yang tepat.
Bagi meramal kesan kenaikan paras laut terhadap komuniti pesisir, saintis lazimnya menggunakan model yang menganggarkan paras laut berdasarkan medan graviti dan putaran Bumi.
Bagaimanapun, pendekatan itu tidak mengambil kira faktor lain yang turut mempengaruhi paras laut seperti pasang surut, angin, arus lautan, suhu dan kemasinan air.
Menurut seorang daripada penulis kajian dari Universiti Wageningen, Belanda, Profesor Madya Philip Minderhoud, model berkenaan sepatutnya digabungkan dengan data satelit dunia yang mampu mengukur ketinggian paras laut dengan lebih tepat.
Penyelidik turut menganalisis 385 kajian semakan rakan sebaya yang diterbitkan dalam tempoh 15 tahun lalu berkaitan kenaikan paras laut dan ancaman terhadap kawasan garis pantai.
Hasil analisis mendapati kira-kira 90 peratus kajian tersebut hanya bergantung kepada andaian model, bukannya pemerhatian sebenar yang diukur secara langsung.
Laporan itu mendapati paras laut pesisir global secara purata sekitar satu 30.48sm tinggi daripada anggaran semasa.
Beberapa kawasan, termasuk Asia Tenggara dan sebahagian Lautan Pasifik, mencatat peningkatan sehingga kira-kira 91sm.
Penemuan itu menunjukkan jika paras laut meningkat kira-kira 0.9 meter, ia boleh menenggelamkan 37 peratus lagi kawasan daratan berbanding anggaran semasa, menjejaskan sehingga 132 juta penduduk di seluruh dunia.- CNN










