Israel dakwa bunuh komander tentera laut Iran - Utusan Malaysia

Israel dakwa bunuh komander tentera laut Iran

ALIREZA TANGSIRI - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, mengumumkan pada Khamis bahawa satu serangan udara Israel telah membunuh Alireza Tangsiri, komander tentera laut Pasukan Pengawal Revelusi Republik Islam Iran.

“Semalam (kelmarin) dalam operasi yang tepat dan mematikan, Pasukan Pertahanan Israel telah membunuh komander tentera laut Pengawal Revolusi, Tangsiri, bersama pegawai kanan lain dalam komando laut,” kata Katz dalam kenyataan video.

“Orang (Tangsiri) yang bertanggungjawab secara langsung ke atas operasi memasang periuk api dan menyekat Selat Hormuz daripada laluan perkapalan itu telah dimusnahkan,” tambahnya.

Sejak permulaan serangan bersama Amerika Syarikat (AS) pada 28 Februari lalu,  Israel telah mengumumkan pembunuhan beberapa pegawai tinggi Iran, termasuk Pemimpin Tertinggi iran, Ayatollah  Ali Khamenei dan ketua keselamatan berkuasa republik Islam, Ali Larijani.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, tentera Israel telah melancarkan beberapa serangan yang menyasarkan aset tentera laut Iran.

Minggu lalu, serangan udara Israel menjejaskan beberapa kapal tentera laut Iran di Laut Caspia, termasuk kapal yang dilengkapi sistem peluru berpandu, kapal sokongan dan kapal peronda. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN