Iran mahu kedaulatan Selat Hormuz - Utusan Malaysia

Iran mahu kedaulatan Selat Hormuz

SERANGAN projektil yang merosakkan sebuah rumah di Eshtaol, berhampiran Beit Shemesh di tengah Israel kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Seorang pegawai Iran minggu lalu mengemukakan senarai tuntutan untuk menamatkan perang yang dimulakan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel, dengan menambah satu perkara yang sebelum ini tidak terdapat dalam senarai Teheran iaitu pengiktirafan kedaulatan negaranya ke atas Selat Hormuz.

Menurut laman berita CNN, saluran sempit melalui yang mana satu perlima daripada minyak dunia dan gas asli cecair (LNG) biasa melaluinya kini telah muncul sebagai senjata paling berkuasa Republik Islam itu. Teheran kini berusaha menjadikannya sebagai sumber pendapatan tahunan berpotensi berbilion dolar serta sebagai titik tekanan terhadap ekonomi global.

Iran telah lama mengancam untuk menutup selat itu sekiranya berlaku serangan dan terbukti begitu berkesan dalam mengganggu aliran perdagangan global. Skala kesan tersebut nampaknya telah meluaskan cita-cita Teheran dengan tuntutan baharu menunjukkan ia berusaha menjadikan pengaruh itu sesuatu yang lebih kekal.

MINYAK

Biasanya, sekitar 20 juta tong minyak mentah dan produk petroleum melalui Selat Hormuz setiap hari, bersamaan dengan kira-kira 10 kapal tangki minyak besar (VLCC). Berdasarkan yuran yang dilaporkan, sebanyak AS$2 juta (RM8 juta) setiap kapal tangki, jumlah itu akan bersamaan sekitar AS$20 juta (RM80 juta) sehari, atau kira-kira AS$600 juta (RM2.4 bilion) sebulan, hanya daripada minyak.

Jika penghantaran LNG turut diambil kira, angka itu boleh meningkat melebihi AS$800 juta (RM3.2 bilion) sebulan, bersamaan dengan kira-kira 15 peratus hingga 20 peratus daripada hasil eksport minyak bulanan Iran pada tahun 2024.

SYARAT

Sebelum ini, pegawai Iran yang tidak dikenali, dipetik oleh televisyen Press TV dan agensi berita Tasnim dikendalikan oleh kerajaan Iran, telah menggariskan lima syarat untuk menamatkan permusuhan sejak perang bermula 28 Februari lalu.

Ini termasuk menamatkan serangan dan pembunuhan, mewujudkan mekanisme yang menjamin bahawa Israel mahupun AS tidak akan meneruskan perang serta pampasan kewangan.

Ia juga termasuk pengakhiran permusuhan di semua medan, bermakna Israel akan berhenti membedil Hizbollah yang disokong Teheran di Lubnan dan kemungkinan juga Hamas di Gaza.

Akhbar The Wall Street Journal melaporkan minggu ini bahawa Teheran turut berusaha untuk menutup pangkalan tentera AS di Teluk.

Trump berkata pada Selasa bahawa beliau telah menghantar satu rancangan dan menyatakan Iran tidak boleh memiliki senjata nuklear.

CADANGAN 15 PERKARA

Presiden AS, Donald Trump berkata pada Selasa bahawa beliau telah menghantar cadangan 15 perkara untuk menghentikan pertempuran yang kemudian disampaikan kepada Iran melalui Pakistan, seorang perantara utama bersama Mesir dan Turkiye, kata pegawai-pegawai, menurut laporan.

Namun, kandungannya tidak diketahui dan identiti orang kanan Trump kekal menjadi misteri.

Akhbar The New York Times dan laman berita Al Jazeera melaporkan bahawa Trump mencadangkan gencatan senjata selama sebulan. Trump juga menangguhkan serangan  AS ke atas loji tenaga Iran  di mana kedua-dua pihak akan memulakan semula perbincangan mengenai isu-isu yang sama yang sedang dibincangkan sebelum perang.

Trump juga menangguhkan serangan AS ke atas loji tenaga Iran dii mana kedua-dua pihak akan memulakan semula perbincangan mengenai isu-isu sama yang sedang dibincangkan sebelum perang.

Ia termasuk tuntutan AS agar Iran menyerahkan keseluruhan stok uranium yang diperkaya, menghentikan apa‑apa aktiviti pemerkayaan dan bersetuju dengan had terhadap program peluru berpandunya serta menghentikan sokongan kepada kumpulan ‘militan’ di rantau ini.

Jika Iran memenuhi syarat‑syarat AS dan membuka semula Selat Hormuz yang strategik untuk kegiatan perkapalan tetapi kini secara efektif ditutup kepada AS  dan Israel sejak hujung Februari lalu, Trump menawarkan pengecualian terhadap semua sekatan ke atas Iran, menurut laporan.

HOUTHI

Pada Sabtu lalu, Houthi  mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan dua peluru berpandu dan dron ke tapak ketenteraan Israel. Israel melaporkan mengesan pelancaran peluru berpandu dari Yemen dan berusaha memintasnya. 

Seorang jurucakap Houthi berkata, kumpulan itu telah melancarkan serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan beberapa lokasi penting serta ketenteraan di Israel dalam serangan kedua.

SERANGAN AS

Pasukan AS dan Israel pada Ahad telah menyerang sebuah dermaga di bandar pelabuhan Iran berhampiran Selat Hormuz yang strategik, mengakibatkan lima orang terbunuh, menurut
laporan media rasmi Iran.

“Musuh Amerika‑Zionis telah melancarkan serangan jenayah di dermaga Bandar Khamir, membunuh lima orang dan mencederakan empat yang lain,” lapor agensi berita rasmi IRNA milik kerajaan Iran.

Setakat ini, perang itu telah meragut nyawa lebih 1,900 orang di Iran, 19 di Israel, 13 askar AS dan 25 lagi di negara‑negara Teluk. Beberapa letupan kuat telah kedengaran di utara Teheran dan asap tebal dilihat menjulang dari kawasan timur laut bandar raya itu pada Ahad, menurut laporan wartawan AFP dan media antarabangsa. Tiada pengesahan segera mengenai apa yang terkena serangan itu atau punca letupan ini dan maklumat lanjut masih belum diperoleh.

IRAN MENYERANG

Pasukan Pengawal Revolusi berkata pada Ahad bahawa mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas kilang aluminium di Bahrain dan Emiriyah Arab Bertsatu (UAE). Ia digambarkan sebagai industri yang berkaitan dengan tentera AS.

Menurut pasukan itu, serangan itu adalah sebagai balasan terhadap serangan AS-Israel ke atas infrastruktur industri Iran yang dilancarkan dari pangkalan di negara-negara Teluk. Sementara itu, lebih 3,500 askar AS termasuk 2, 500 anggota Unit Ekspedisi Main yang menaiki kapal tentera laut USS Tripoli telah tiba di Asia Barat, menurut pengumuman pegawai pada Sabtu, selari dengan peningkatan serangan dalam perang Iran. – AGENSI/AFP

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN