Houthi serang Israel dengan 2 peluru berpandu - Utusan Malaysia

Houthi serang Israel dengan 2 peluru berpandu

SEBUAH bangunan diperiksa selepas diserang di Tel Aviv semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Kumpulan Houthi Yemen yang disokong Iran menyertai perang Asia Barat yang telah berlarutan selama sebulan pada Sabtu, dengan mendakwa melancarkan dua serangan peluru berpandu ke atas Israel ketika letupan menggegarkan Teheran.

Seorang jurucakap Houthi berkata, kumpulan itu telah melancarkan serangan bertubi-tubi peluru berpandu  dan dron yang menyasarkan beberapa lokasi penting dan ketenteraan di Israel dalam serangan kedua.

Terdahulu, kumpulan itu berkata mereka telah melancarkan peluru berpandu balistik ke atas tapak ketenteraan Israel, serangan pertama mereka terhadap Israel sejak perang bermula sebulan lalu.

Tentera Israel berkata pada Sabtu bahawa mereka telah menyerang ibu pejabat Organisasi Industri Marin Iran di Teheran, sambil menyatakan kemudahan itu membangunkan pelbagai jenis persenjataan laut.

Seorang wartawan AFP di Teheran melaporkan letupan kuat dan kepulan asap hitam pada waktu malam. Pada petang Sabtu, satu lagi gelombang letupan kedengaran di ibu kota selama beberapa minit, tanpa maklumat segera mengenai sasaran.

Jurucakap tentera Israel berkata, serangan terhadap industri ketenteraan Iran telah dipertingkatkan dan dalam beberapa hari, kami akan melengkapkan serangan ke atas semua komponen kritikal.

“Saya rindukan tidur malam yang tenang,” kata seorang artis di Teheran kepada AFP, sambil menyifatkan serangan malam sebelumnya sangat kuat hingga terasa seluruh Teheran bergegar.”

Campur tangan sekutu Iran di Yemen itu menimbulkan kebimbangan terhadap gangguan laluan perkapalan di Laut Merah, yang sudah pun tertekan akibat penutupan efektif Selat Hormuz.

Semasa perang terkini Israel di Gaza, kumpulan Houthi yang mendakwa bertindak sebagai tanda solidariti dengan pendduduk  Palestin telah menyerang kapal-kapal di Laut Merah dan Teluk Aden, memaksa syarikat perkapalan mengambil laluan lencongan yang mahal.

Sehingga Sabtu, mereka tidak terlibat dalam konflik terbaharu ini, walaupun kepentingan Laut Merah semakin meningkat.

Sejak permusuhan bermula, Arab Saudi telah mengalihkan sebahagian besar eksport minyaknya melalui pelabuhan Yanbu di Laut Merah untuk mengelakkan Selat Hormuz, yang menurut Iran telah ditutup kepada kapal dari kuasa yang dianggap bermusuhan.

Konflik ini bermula apabila Amerika Syarikat (AS)  dan Israel melancarkan serangan udara ke seluruh Iran pada 28 Februari lalu yang membunuh pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei, sehingga mencetuskan perang serantau, melonjakkan harga tenaga dan mendorong usaha diplomatik untuk menghentikan pertempuran. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN