AS nafi USS Abraham Lincoln dibedil Iran

AS nafi USS Abraham Lincoln dibedil Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentagon menafikan Iran berjaya menyerang kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln dengan peluru berpandu balistik di Teluk.

“Lincoln tidak terkena. Peluru berpandu yang dilancarkan itu langsung tidak menghampiri,” kata Markas Pusat Tentera Amerika Syarikat dalam kenyataan di platform X.

Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Ahad berkata, empat peluru berpandu balistiknya berjaya membedil kapal pengangkut USS Abraham Lincoln di rantau Teluk dengan media pemerintah memujinya sebagai serangan langsung ke ‘jantung’ kuasa tentera laut AS.

“Kapal pengangkut pesawat AS, USS Abraham Lincoln, dibedil empat peluru berpandu balistik. Darat dan laut akan semakin menjadi tanah perkuburan bagi pencerobohan pengganas,” jelas kenyataan pasukan IRGC yang disiarkan media tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN