AS-Israel yang serang negara Arab?

AS-Israel yang serang negara Arab?

ASAP hitam menjulang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN//TEL AVIV: Iran telah memperoleh maklumat yang menunjukkan bahawa Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan dari lokasi tertentu menuju ke negara-negara Arab.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata bahawa serangan yang dilancarkan oleh Iran menyasarkan pangkalan-pangkalan dan kepentingan AS di rantau Asia Barat.

Katanya, ia adalah  sebagai sebahagian daripada tindak balas Teheran terhadap serangan yang dilancarkan ke atas Iran dari pangkalan-pangkalan  tersebut.

“Kami setakat ini tidak menyasarkan mana-mana kawasan awam atau kediaman di negara-negara di rantau ini,” katanya dalam satu temu bual dengan akhbar berpangkalan di London, Britain,  Al-Araby Al-Jadeed.

Beliau membuat dakwaan itu walaupun terdapat laporan mengenai serangan ke atas lapangan terbang, hotel dan sasaran awam lain di negara-negara Teluk.

“Apabila AS  datang dari jarak sepuluh ribu kilometer menuju ke Iran dan menyerang kami di sini, adalah sesuatu yang semula jadi bahawa kami tidak boleh bertindak balas di wilayah Amerika sendiri. Kami perlu bertindak balas terhadap pangkalan dan kemudahannya di rantau ini,” katanya.

Menteri itu juga menuduh beberapa kerajaan serantau membenarkan tentera AS menggunakan pangkalan di wilayah mereka untuk melancarkan serangan terhadap Iran.

PELURU BERPANDU 

Beliau turut merujuk kepada apa yang didakwanya sebagai serangan baru-baru ini ke atas Pulau Kharg di Iran menggunakan peluru berpandu HIMARS. Beliau  mendakwa trajektori peluru berpandu tersebut menunjukkan ia dilancarkan dari lokasi di dalam Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Peluru berpandu ini tidak mungkin dilancarkan dari mana-mana tempat selain dari wilayah negara jiran kami,” kata Araghchi.

Kerajaan-kerajaan serantau juga menuduh Iran menyerang infrastruktur awam sepanjang konflik tersebut yang bermula sejak 28 Februari lalu tetapi ia  dinafikan keras oleh Teheran.

“Kami tidak menyerang mana-mana sasaran kediaman atau awam,” kata Araghchi dan mengaku bahawa kerosakan sampingan boleh berlaku dalam peperangan tetapi menegaskan bahawa Iran telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kawasan awam.

Beliau merujuk kepada apa yang digambarkannya sebagai serangan balas selepas sasaran Iran diserang dengan menyatakan bahawa Teheran mengamalkan pendekatan ‘mata dibalas mata.’

“Jika mereka menyasarkan bank kami, kami akan menyasarkan bank Amerika,” katanya, merujuk kepada dakwaan Iran bahawa Bank Sepah di Teheran telah diserang. Iran kemudian  membalas dengan menyasarkan cawangan Citibank di Bahrain dan UAE.

Araghchi juga menyatakan bahawa sebahagian serangan yang dipersalahkan ke atas Iran di negara-negara Arab  mungkin sebenarnya tidak dilakukan oleh Teheran.

Beliau mendakwa bahawa Iran hanya menyasarkan kepentingan atau pangkalan tentera AS dan Israel, walaupun beberapa negara-negara  di rantau itu menuduh Iran terlibat dalam serangan terhadap sasaran awam dan infrastruktur mereka.

SERANGAN DRON

Serangan peluru berpandu dan dron melanda beberapa kawasan di UAE  pada Isnin, dengan satu insiden berkaitan dron mencetuskan kebakaran tangki bahan api berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai yang mengganggu pernerbangan. Sebuah peluru berpandu membunuh seorang orang awam di Abu Dhabi.

Satu serangan dron ke atas infrastruktur minyak mencetuskan kebakaran, hanya sehari selepas seorang wartawan AFP melihat asap naik dari sebuah kemudahan tenaga utama  di Fujairah, UAE.

Serangan itu berlaku sehari selepas Araghchi berkata dalam satu temu bual bahawa roket telah dilancarkan dari UAE suntuk menyerang Pulau Kharg. Pegawai UAE menafikan dakwaan itu.

Seorang orang awam Palestin terbunuh di pinggir ibu kota Abu Dhabi, apabila sebuah peluru berpandu mengenai keretanya, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Media Abu Dhabi.

Iran telah melancarkan lebih 1,900 peluru berpandu dan dron ke atas UAE, lebih banyak berbanding mana-mana negara lain yang menjadi sasaran Teheran sejak permulaan perang Asia Barat.

Angka awal kematian adalah 1,444 orang di Iran, sekurang‑kurangnya 15 di Israel, 13 anggota tentera AS terbunuh dan 19 terkorban di negara‑negara Teluk.

Tentera Israel berkata pada Isnin bahawa mereka telah melancarkan gelombang serangan besar-besaran ke atas bandar‑bandar Teheran, Shiraz dan Tabriz di Iran, lebih daripada dua minggu selepas perang US‑Israel terhadap republik Islam itu bermula.

“IDF baru sahaja memulakan gelombang serangan berskala besar yang menyasarkan infrastruktur rejim pengganas Iran di Tehran, Shiraz, dan Tabriz,” kata pihak tentera dalam satu kenyataan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN