Air New Zealand batal 1,100 penerbangan akibat kebimbangan harga bahan api

Air New Zealand batal 1,100 penerbangan akibat kebimbangan harga bahan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Syarikat penerbangan kebangsaan New Zealand, Air New Zealand mengumumkan akan membatalkan 1,100 penerbangan dalam dua bulan akan datang, berikutan kesan perang di Asia Barat.

Ketua Pegawai Eksekutif Air New Zealand, Nikhil Ravishankar berkata, kira-kira lima peratus penerbangan syarikat itu akan dibatalkan, membabitkan 44,000 penumpang.

Katanya, penerbangan yang dibatalkan kebanyakannya di laluan domestik dalam New Zealand tetapi turut melibatkan beberapa penerbangan antarabangsa.

Namun menurut Ravishankar, penerbangan antara New Zealand dan Amerika Syarikat (AS) tidak akan terjejas kerana permintaan meningkat untuk laluan alternatif ke Eropah.

“Dengan turun naik harga bahan api jet yang belum pernah berlaku akibat konflik di Asia Barat, syarikat penerbangan di seluruh dunia sedang menyesuaikan tambang dan jadual penerbangan untuk mengurus kesan kos yang meningkat dengan ketara ini,” katanya.

Ravishankar berkata, harga bahan api jet biasanya sekitar AS$85 (RM333.78) setong, tetapi kini harganya dua kali ganda.

Pembatalan penerbangan ini bertujuan memastikan kos penerbangan kekal mampu milik dan syarikat beroperasi secara cekap dengan penggunaan bahan api.

Pada Selasa, Air New Zealand menaikkan harga tiket bagi semua laluan.

Harga minyak minggu ini melonjak melebihi AS$100 (RM392.68) setong, selepas serangan Iran ke atas perkapalan yang menutup secara efektif Selat Hormuz.

Tindakan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan AS-Israel yang membunuh Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN