12 askar AS cedera, pesawat rosak di Arab Saudi - Utusan Malaysia

12 askar AS cedera, pesawat rosak di Arab Saudi

LOJI penapisan minyak Ras Tanura alami kerosakan akibat serangan Iran di Arab Saudi 2 Mac lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Satu serangan Iran ke atas sebuah pangkalan di Arab Saudi telah mencederakan sekurang-kurangnya 12 anggota tentera Amerika Syarikat (AS), dua daripadanya cedera parah, menurut laporan media AS pada Jumaat.

Iran terus melancarkan serangan balas terhadap negara-negara Teluk yang dituduhnya menjadi pelancar bagi serangan AS ke atas negara itu, yang bermula dalam operasi bersama dengan Israel pada 28 Februari.

Serangan ke atas Pangkalan Udara Prince Sultan di Arab Saudi itu melibatkan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu dan beberapa dron, lapor akhbar The New York Times dan The Wall Street Journal, memetik pegawai yang tidak dinamakan.

Menurut laporan Journal, anggota tentera berada di dalam sebuah bangunan di pangkalan itu ketika ia diserang.

Beberapa pesawat pengisian bahan api udara juga mengalami kerosakan dalam serangan tersebut, menurut laporan itu lagi.

Arab Saudi sebelum ini telah memintas beberapa peluru berpandu yang dilancarkan berhampiran pangkalan berkenaan.

Jabatan Pertahanan AS atau Pentagon dan Markas Pusat AS tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan AFP untuk komen.

Sejak konflik dengan Iran tercetus, seramai 13 anggota perkhidmatan tentera AS telah terbunuh, dengan tujuh maut di rantau Teluk dan enam di Iraq. Lebih 300 lagi dilaporkan cedera.

Kerajaan Iran tidak mengeluarkan angka korban terkini, namun satu kumpulan aktivis yang berpangkalan di AS berkata pada 23 Mac bahawa kira-kira 1,167 anggota tentera Iran telah terbunuh dan status 658 lagi tidak diketahui.

Setakat ini,  AFP tidak dapat mengesahkan angka korban di Iran secara bebas berikutan sekatan terhadap laporan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN