LONDON: Wayve, sebuah syarikat pemula berpangkalan di Britain yang mengkhusus dalam kecerdasan buatan (AI) untuk kenderaan tanpa pemandu mendedahkan nilainya kini mencecah AS$8.6 bilion (RM33.4 bilion) hasil pelaburan baharu daripada gergasi teknologi termasuk Uber, Microsoft dan Nvidia. Syarikat itu berjaya memperoleh dana tambahan sebanyak AS$1.5 bilion (RM5.8 bilion) susulan pelaburan daripada beberapa firma automotif terkemuka lain seperti Mercedes-Benz, Nissan, dan pengeluar jenama Jeep, Stellantis. Uber dan Wayve merancang untuk melancarkan…










