ROJ: Seramai 34 warga Australia yang merupakan ahli keluarga suspek anggota kumpulan militan IS terpaksa kembali ke kem tahanan Roj di Syria susulan masalah penyelarasan dengan pihak berkuasa Damsyik selepas mereka dibebaskan pada Isnin, kata seorang pegawai Kurdish. Pengarah Kem, Hakmieh Ibrahim sebelum ini berkata, wanita dan kanak-kanak daripada 11 keluarga itu akan diserahkan kepada saudara-mara yang datang dari Australia untuk menjemput mereka. Mereka dilihat menaiki bas mini untuk menuju…










