WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan sedang mempertimbangkan penempatan kumpulan serangan kapal pengangkut pesawat kedua ke Asia Barat, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Teheran ketika rundingan diplomatik masih berlangsung. Seorang pegawai AS turut mengesahkan perbincangan dalaman mengenai penghantaran kumpulan serangan kedua sedang dijalankan. Ia dijangka menyertai USS Abraham Lincoln yang kini ditempatkan di rantau berkenaan. Dalam wawancara bersama media Israel, Trump berkata, AS perlu melakukan sesuatu yang sangat…










