WASHINGTON: Tarif global yang disemak semula oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bermula semalam pada kadar 10 peratus dan bukannya 15 peratus. Pada Jumaat, selepas Mahkamah Agung membatalkan sebahagian besar agenda tarif Trump, presiden itu mengumumkan bahawa beliau akan segera melaksanakan tarif rata 10 peratus ke atas semua rakan dagang menggunakan undang-undang perdagangan yang berbeza. Sehari kemudian, Trump menulis di media sosial miliknya, Truth Social bahawa berkuat kuasa serta-merta…










