NEW YORK: Satu kajian terbaharu mendapati kira-kira 20 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) yang menderita sindrom Long Covid berdepan risiko tinggi menghidap penyakit demensia. Long Covid merupakan keadaan kronik yang berlarutan sekurang-kurangnya tiga bulan selepas jangkitan awal, merangkumi pelbagai simptom yang sering dipandang remeh termasuk keletihan melampau, kabut otak, sesak nafas dan kesakitan fizikal yang berpanjangan. Walaupun tinjauan menunjukkan kira-kira lapan peratus penduduk dewasa di AS kini hidup dengan Long…










