Sekatan minyak jadikan Havana ‘bandar sampah’

Sekatan minyak jadikan Havana ‘bandar sampah’

PENDUDUK tempatan berjalan melepasi timbunan sampah di sepanjang kawasan jalan di Havana, Cuba.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAVANA: Sampah yang bertimbun di penjuru jalan di ibu negara Cuba, Havana menarik kawanan lalat dan mengeluarkan bau busuk makanan reput ke seluruh bandar, kesan paling ketara yang dirasai penduduk selepas Amerika Syarikat (AS) menghalang bekalan minyak sampai ke pulau terbesar Caribbean itu.

Media milik kerajaan, Cubadebate melaporkan, bulan ini hanya 44 daripada 106 lori sampah di Havana masih dapat beroperasi akibat kekurangan bahan api, sekali gus memperlahankan kutipan sisa.

Kotak kadbod, beg terpakai, botol plastik dan kain buruk kini bertimbun di penjuru jalan di bandar pesisir itu. Sebahagian penduduk dilihat menyelongkar sampah untuk mencari barangan yang boleh digunakan semula, manakala pemandu, pejalan kaki serta penunggang motosikal terpaksa mengelak timbunan tersebut.

“Ia ada di seluruh bandar. Sudah lebih 10 hari lori sampah tidak datang,” kata seorang penduduk tempatan, Jose Ramon Cruz.

Di bandar lain di pulau yang dihuni 11 juta orang itu, penduduk terpaksa menggunakan media sosial untuk memberi amaran tentang risiko kesihatan awam.

Lapor Reuters, kerajaan komunis Cuba melaksanakan langkah catuan bagi melindungi perkhidmatan penting di negara yang sudah lama berdepan kekurangan makanan, bahan api dan ubat-ubatan yang serius. Bekalan minyak negara merosot dengan ketara dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

AS mengekalkan sekatan ekonomi terhadap Cuba sejak 1960, tetapi sejak beberapa bulan lalu, pentadbiran Presiden, Donald Trump memperketat pendirian dengan mengenakan sekatan ke atas kapal yang menghantar minyak ke pulau itu serta mengancam tarif terhadap pembekal.

Venezuela yang pernah menjadi pembekal utama menghentikan penghantaran pada pertengahan Disember. Kerajaan Mexico turut menyatakan ia menggantung penghantaran selepas

Washington mengancam tarif terhadap negara yang membekalkan minyak kepada Cuba.

Russia dilaporkan sedang bersiap menghantar kargo minyak mentah dan bahan api ke Cuba dalam masa terdekat, namun tanpa tarikh khusus.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak sekian lama mengundi supaya sekatan itu ditamatkan, manakala pemimpin Mexico dan Venezuela memberi amaran sekatan bahan api boleh membawa kesan kemanusiaan serius.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN