PM Thai bentuk gabungan dengan Thaksin - Utusan Malaysia

PM Thai bentuk gabungan dengan Thaksin

GAMBAR fail Anutin Charnvirakul. - Foto AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Parti konservatif Perdana Menteri Sementara Thailand, Anutin Charnvirakul yang memenangi kemenangan mengejutkan dalam pilihan raya hujung minggu lalu, bersetuju membentuk gabungan kerajaan bersama parti bekas perdana menteri yang dipenjarakan, Thaksin Shinawatra, menurut pengumuman kedua-duanya pada hari ini.

Parti Bhumjaithai pimpinan Anutin yang pro-tentera dan pro-monarki mencatat prestasi pilihan raya terbaiknya dalam tinjauan yang diadakan selepas dua siri pertempuran sempadan berdarah dengan Kemboja tahun lalu.

Parti itu berkempen atas platform nasionalis, menjanjikan pembinaan tembok di sempadan dengan Kemboja, menutup semua pintu masuk sempadan dan merekrut 100,000 sukarelawan askar.

Dalam pada itu, Pheu Thai yang diasaskanThaksin merupakan parti paling berjaya di Thailand pada abad ke-21, tetapi mencatat keputusan pilihan raya terburuk pada Ahad lalu.

Keputusan buruk itu menimbulkan persoalan tentang masa depan parti tersebut.

“Walaupun keputusan pilihan raya belum disahkan secara rasmi, kami mencapai konsensus bahawa Pheu Thai akan menyokong kami memimpin gabungan, seperti yang dirancang,” kata Anutin pada sidang akhbar di ibu pejabat parti Bhumjaithai.

Setiausaha Agung Pheu Thai, Prasert Chanruangthong turut memberitahu wartawan bahawa pihaknya bersedia menyokong Parti Bhumjaithai dalam membentuk gabungan. 

Pheu Thai, hanya menduduki tempat ketiga dalam pilihan raya Ahad lalu, dengan peratusan undinya merosot lebih separuh.

Parti Rakyat yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Move Forward menduduki tempat kedua.

Pheu Thai dan Bhumjaithai pernah menjadi rakan gabungan, sehingga Anutin menarik diri berikutan skandal pertikaian sempadan Kemboja pada Jun tahun lalu.

“Keutamaan kami ialah memajukan negara demi manfaat terbesar rakyat,” kata Prasert sebelum rundingan gabungan pada hari ini. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN