WASHINGTON: Seorang lelaki bersenjatakan senapang patah yang menceroboh perimeter keselamatan resort Mar-a-Lago milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Florida mati ditembak oleh dua ejen Perkhidmatan Rahsia pada awal pagi semalam. Trump berada di Washington ketika kejadian itu berlaku, yang menurut pegawai berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi waktu tempatan. Menurut Perkhidmatan Rahsia, suspek, seorang lelaki berusia awal 20-an, dikesan berhampiran pintu utara kawasan Mar-a-Lago sambil membawa senapang patah dan…










