BARCELONA: Seorang bekas mekanik berusia 82 tahun, Juan Lopez Garcia merupakan pemegang rekod dunia kejohanan maraton sejauh lebih 42 kilometer (km) dan menjadi kajian saintifik baharu. Kajian itu cuba merungkai bagaimana beliau mampu mengekalkan tahap kecergasan yang begitu luar biasa pada usia emas. Sekumpulan saintis Eropah telah menjalankan pelbagai ujian fizikal ke atas warga emas itu dan mendapati prestasi luar biasanya dipengaruhi oleh tiga faktor utama. Pertama, kadar Pengambilan Oksigen…










