SAN FRANCISCO: Hartawan terkenal, Elon Musk mengumumkan syarikat roket miliknya, SpaceX akan mengambil alih syarikat kecerdasan buatan (AI) beliau, xAI dalam usaha mengumpul berbilion dolar bagi merealisasikan projek angkasa lepas berskala besar yang disifatkan seperti fiksyen sains. Di laman web SpaceX pada Isnin, Musk berkata, penggabungan itu yang semakin merapatkan kepentingan perniagaannya, akan mewujudkan enjin inovasi bersepadu paling bercita-cita tinggi di bumi dan angkasa lepas. Beliau menyatakan keupayaan gabungan itu…










