LONDON: Seorang ahli perniagaan di United Kingdom (UK) terkejut apabila pulang daripada percutian dan mendapati peti suratnya dipenuhi dengan tiket saman letak berjumlah £4,500 (RM23,998). Erin Short telah membayar £150 (RM799) untuk menyewa ruang parkir bersebelahan rumahnya di Manchester selama tiga minggu, namun tanpa disedari dia telah melakukan kesilapan kecil yang memakan belanja besar. Akibat tersilap menaip angka 0 dan bukannya huruf O pada kotak pendaftaran kereta, syarikat tempat letak…










