JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) sedang membuat persiapan awal bagi menghantar sehingga 8,000 anggota tentera ke Gaza sebagai pasukan pengaman antarabangsa. Ia merupakan langkah yang mencerminkan komitmen Presiden, Prabowo Subianto untuk memperkukuh peranan Indonesia dalam keselamatan sejagat dan usaha pembinaan keamanan pasca konflik. Ketua Staf Angkatan Darat, Jeneral Maruli Simanjuntak berkata, rancangan itu masih di tahap awal dan tertakluk kepada penyelarasan lanjut dalam rantaian perintah ketenteraan, termasuk dengan Markas Besar…










