KYIV: Polis kebangsaan Ukraine pada Jumaat memaklumkan pihaknya menerima lebih 2,000 laporan ancaman bom di seluruh negara dalam tempoh tiga jam, dengan amaran itu melibatkan bangunan kerajaan serta lokasi lain. Ukraine sering menjadi sasaran peperangan siber Russia sepanjang hampir empat tahun sejak Moscow melancarkan pencerobohan, namun gelombang ancaman bom berskala besar seperti ini jarang berlaku. Menurut kenyataan polis, antara pukul 9.30 pagi hingga 12.10 tengah hari (waktu tempatan), jabatan-jabatan polis …










