Trump lancarkan Lembaga Keamanan di Davos

Trump lancarkan Lembaga Keamanan di Davos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAVOS:  Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melancarkan badan baharu yang dinamakan Lembaga Keamanan di Davos, dengan satu majlis menandatangani piagam penubuhan serta menampilkan senarai jemputan yang mencetuskan kontroversi.

Sekumpulan pemimpin dan pegawai kanan dari 19 negara termasuk sekutu Trump dari Argentina dan Hungary berkumpul di atas pentas bersama beliau untuk menandatangani piagam penubuhan badan tersebut.

“Para pemimpin ini dalam kebanyakan kes sangat popular, dalam beberapa kes tidak begitu popular. Begitulah kehidupan,” kata Trump yang bertindak sebagai pengerusi Lembaga Keamanan.

Pegawai dari Bahrain, Maghribi, Armenia, Azerbaijan, Bulgaria, Indonesia, Jordan, Kazakhstan, Kosovo, Pakistan, Paraguay, Qatar, Arab Saudi, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Uzbekistan dan Mongolia turut menandatangani dokumen tersebut bersama Trump.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang berdepan waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung perang di Gaza, berkata, beliau akan menyertai lembaga itu tetapi tidak hadir pada majlis berkenaan.

Sekutu utama AS, termasuk Perancis dan Britain menyuarakan keraguan, dengan United Kingdom (UK) pada Khamis mengesahkan tidak menghadiri majlis tersebut.

Pada asalnya, lembaga itu diwujudkan untuk menyelia usaha keamanan di Gaza selepas perang antara Hamas dan Israel.

Namun, piagam penubuhannya membayangkan peranan yang lebih luas dalam menyelesaikan konflik antarabangsa, sekali gus mencetuskan kebimbangan Trump mahu menjadikannya pesaing kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagaimanapun, Trump menegaskanorganisasi tersebut akan berfungsi seiring dengan PBB.

Keahlian berpotensi Lembaga Keamanan itu turut menimbulkan kontroversi, apabila Trump mengundang Presiden Russia, Vladimir Putin, yang melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine empat tahun lalu.

Trump berkata, Putin telah bersetuju untuk menyertai lembaga itu, namun pemimpin Russia tersebut menyatakan beliau masih meneliti jemputan berkenaan.

Ahli tetap lembaga itu juga diwajibkan membayar yuran keahlian sebanyak AS$1 bilion (RM4.03 bilion), sekali gus mencetuskan kritikan  Lembaga Keamanan berpotensi menjadi versi Majlis Keselamatan PBB yang bersifat ‘bayar untuk terlibat’.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN