WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata Hamas dijangka melucutkan senjata dalam satu perkembangan penting yang berpotensi mengukuhkan gencatan senjata rapuh antara kumpulan itu dengan Israel. Trump berkata demikian walaupun Hamas belum mengesahkan secara rasmi langkah tersebut. “Ramai yang beranggapan mereka tidak akan melucutkan senjata, tetapi kini nampaknya perkara itu akan berlaku,” kata Trump dalam satu mesyuarat Kabinet. Beliau turut memuji kerjasama Hamas yang disenaraikan sebagai kumpulan pengganas oleh…










