TEHERAN: Pemimpin tertinggi Iran buat pertama kali secara terbuka mengakui ribuan orang terbunuh dalam gelombang protes terbaharu yang melanda negara itu. Dalam ucapannya, Ayatollah Ali Khamenei berkata, ribuan individu terkorban, sebahagiannya dengan cara tidak berperikemanusiaan dan kejam sambil menyalahkan Amerika Syarikat (AS) atas kematian berkenaan. “Mereka yang mempunyai kaitan dengan Israel dan AS telah menyebabkan kerosakan besar serta membunuh beberapa ribu orang. “Kami menganggap Presiden AS sebagai penjenayah atas korban…










