Tandas ‘ajaib’ pantau kesihatan melalui najis

Tandas ‘ajaib’ pantau kesihatan melalui najis

SYARIKAT Toto melancarkan model baharu siri Neorest berkelas tinggi dilengkapi modul sensor yang dipasang pada mangkuk tandas.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pengeluar tandas Jepun yang terkenal dengan inovasi luar biasa, kini memperkenalkan teknologi analisis najis terbaharu pada produk mereka sebagai usaha menarik minat pembeli yang mementingkan kesihatan.

Syarikat Toto melancarkan dua model baharu daripada siri mewah Neorest pada Ogos 2025 yang dilengkapi dengan modul penderia di dalam mangkuk tandas. 

Sistem ini menggunakan peranti berteknologi LED untuk mengimbas sisa buangan bagi mengukur bentuk, isi padu serta warnanya.

Merupakan produk pertama seumpamanya yang direka untuk kegunaan rumah di Jepun, sistem ini mampu mengklasifikasikan bentuk dan tahap kekerasan najis kepada tujuh kategori, manakala isi padu dan warna direkodkan dalam tiga tahap berbeza.

Data yang dikumpul kemudiannya dihantar ke aplikasi telefon pintar milik pengguna yang akan memberikan cadangan penjagaan kesihatan berdasarkan hasil analisis tersebut. 

Inovasi ini membolehkan pengguna memantau keadaan kesihatan sistem pencernaan mereka secara harian tanpa perlu melakukan ujian manual yang rumit.

Memandangkan pemeriksaan kendiri secara konvensional sering dianggap kurang menyenangkan bagi penghuni mahupun kakitangan pusat jagaan, peranti baharu ini dilaporkan mendapat sambutan yang sangat baik.

Ia dilihat sebagai penyelesaian praktikal untuk memantau kesihatan golongan warga emas secara lebih bermaruah dan bersih. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN