LAS VEGAS: Sebuah pesawat British Airways dalam penerbangan dari Las Vegas dilaporkan kehilangan satu roda belakangnya sejurus berlepas dari landasan pada Isnin. Penerbangan BA274 yang menuju ke London itu mula bergerak di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Henry Reid pada pukul 9.05 malam (waktu tempatan) untuk berlepas, lapor laman penerbangan Flightradar24. Percikan api dilaporkan kelihatan pada bahagian gear pendaratan utama sebelah kanan pesawat jenis Airbus A350-1000 itu ketika ia mula meninggalkan…










