BOGOTA: Kementerian Pengangkutan Colombia mengesahkan sebuah pesawat yang membawa 15 orang terhempas berhampiran sempadan timur negara itu dengan Venezuela pada Rabu, mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal. “Negara kini sedang berkabung,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan secara dalam talian. Menteri Pengangkutan, Maria Fernanda Rojas dalam satu sidang media menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh mengenai punca nahas sedang dijalankan. “Kami…










