PARIS: Sebuah pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH21 mengisytiharkan kecemasan ketika berada di ruang udara Perancis selepas berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle (CDG), Paris. Menurut maklumat penerbangan, MH21 yang menggunakan pesawat Airbus A350 berlepas dari CDG pada pukul 11.55 pagi (waktu tempatan), kira-kira 45 minit lewat daripada jadual asal akibat salji tebal di lapangan terbang berkenaan. Pesawat tersebut berlepas dari landasan 27L, namun menghentikan pendakian pada ketinggian 4,572 meter…










