STOCKHOLM: Sekumpulan penyelidik berjaya menyingkap maklumat baharu tentang abad-abad terakhir kewujudan badak berbulu selepas mengkaji segumpal daging yang ditemukan dalam perut mumia seekor anak serigala purba dalam tanah beku di Siberia. Sisa tubuh anak serigala betina berusia kira-kira dua bulan yang terpelihara dengan amat baik itu ditemukan pada 2011 berhampiran kampung Tumat di timur laut Siberia. Haiwan tersebut dipercayai mati kira-kira 14,400 tahun lalu selepas tanah runtuh menimbus sarangnya, sekali…










