Bekas penasihat Trump dilantik Presiden Meta

Bekas penasihat Trump dilantik Presiden Meta

DINA POWELL MCCORMICK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Meta melantik bekas anggota pentadbiran Presiden Donald Trump, Dina Powell McCormick, sebagai presiden dan naib pengerusi, bagi membantu memacu pengembangan infrastruktur AI gergasi teknologi itu.

Powell McCormick, yang sebelum ini berkhidmat dalam lembaga pengarah Meta, akan menyertai pasukan pengurusan syarikat ketika ia memperluaskan infrastruktur AI dan kewangan yang digambarkan pengasasnya, Mark Zuckerberg, sebagai ‘model besar yang akan menyokong dekad seterusnya dalam pengkomputeran’.

Pelantikan itu dibuat ketika Meta mempercepatkan pelaburan dalam infrastruktur kecerdasan buatan (AI), termasuk pusat data dan bekalan tenaga.

Dalam peranan baharu di Meta, pengalaman Powell McCormick dalam bidang perbankan akan menjadi kunci utama.

Beliau akan membantu merangka strategi keseluruhan infrastruktur AI syarikat serta memantau pelaburan bernilai berbilion dolar.

Beliau juga akan menumpukan usaha membina kerjasama strategik untuk meningkatkan kapasiti pelaburan syarikat, menurut Meta, ketika ia berusaha menyaingi pesaing teknologi dalam perbelanjaan AI yang besar.

Powell McCormick, warga Mesir-Amerika, menghabiskan 16 tahun sebagai rakan kongsi di Goldman Sachs, berkhidmat dalam jawatankuasa pengurusan firma itu dan mengetuai perniagaan perbankan pelaburan berdaulat global.

Dana kekayaan berdaulat dari Asia Barat kini menjadi pelabur utama dalam pembinaan infrastruktur AI dan boleh memainkan peranan dalam membantu Meta mencapai sasaran perbelanjaan AI mereka.

Pengambilan beliau mengekalkan arah politik Zuckerberg ke kanan, dengan Powell McCormick, seorang Republikan, menjadi salah seorang pengambilan paling ketara sejak Sheryl Sandberg, bekas Ketua Pegawai Operasi dan anggota pentadbiran Clinton, yang meninggalkan syarikat pada 2022.

Zuckerberg baru-baru ini menunjukkan peralihan jelas ke arah Trump dan pendirian konservatif, termasuk menghentikan pemeriksaan fakta pihak ketiga, membatalkan inisiatif kepelbagaian syarikat, dan menonjolkan imej yang lebih tradisional dan maskulin.

Trump mengucapkan tahniah kepada Powell McCormick atas pelantikan itu melalui hantaran media sosial, menyifatkan beliau sebagai “seseorang yang hebat dan sangat berbakat, yang berkhidmat untuk pentadbiran Trump dengan kekuatan dan kecemerlangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN