NEW YORK: Tempoh perkhidmatan Algeria sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berakhir pada Rabu, dengan Kerajaan Bahrain mengambil alih kerusi tersebut bermula Khamis bagi tempoh dua tahun. Dengan bermulanya tahun baharu, UNSC dianggotai lima ahli tetap iaitu United Kingdom (UK), China, Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Persekutuan Russia, selain 10 anggota tidak tetap yang dipilih oleh Perhimpunan Agung PBB (UNGA). Anggota tidak tetap bagi tahun 2026…









