SYDNEY: YouTube mengkritik larangan media sosial baharu Australia untuk kanak-kanak bawah 16 tahun, menyifatkan undang-undang pertama seumpamanya itu sebagai “tergesa-gesa” dan tidak realistik. Larangan itu akan berkuat kuasa mulai 10 Disember, merangkumi platform popular seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube. Rachel Lord, pengurus dasar awam YouTube, berkata undang-undang itu tidak akan menjadikan kanak-kanak lebih selamat secara dalam talian, malah berkemungkinan menjadikan mereka “kurang selamat” di YouTube. Pihaknya menerima maklum balas…










